Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi 💖 Harini CikDayah nak kongsikan serba sedikit sejarah burung petalawati yang merupakan salah satu subjek kajian CikDayah ketika di Universiti dahulu. SEJARAH BURUNG PETALAWATI Replika Burung Petalawati di Pattani ( gambar dari wikipedia) Burung Petalawati ialah Burung Petala atau Burung Gagak Sura yang berasal dari kerajaan Pattani pada abad ke-19. Asal usul Burung Petalawati, menurut Ghulam-Sarwar Yousof pada awal abad ke-20 telah mencatat bahawa Sultan bermimpi tentang Burung Petalawati yang menjadi penjaga negeri Kelantan. Atas sebab itu, Sultan telah menggerakkan rakyat untuk membina patung berbentuk burung gergasi ( Burung Gagak Sura ) untuk putera baginda. Selain itu, menurut Nik Rashiddin (2013) , Gagak Sura merupakan burung mitos dari Kayangan. Dalam Bahasa Melayu Sanskrit . "sura" bermaksud "Berani". Pada ketika dahulu, Orang Melayu, khususnya di Wilayah Pattani, menggunak...