Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi 💖
Harini CikDayah nak kongsikan serba sedikit sejarah burung petalawati yang merupakan salah satu subjek kajian CikDayah ketika di Universiti dahulu.
SEJARAH BURUNG PETALAWATI
Burung Petalawati ialah Burung Petala atau Burung Gagak Sura yang berasal dari kerajaan Pattani pada abad ke-19. Asal usul Burung Petalawati, menurut Ghulam-Sarwar Yousof pada awal abad ke-20 telah mencatat bahawa Sultan bermimpi tentang Burung Petalawati yang menjadi penjaga negeri Kelantan. Atas sebab itu, Sultan telah menggerakkan rakyat untuk membina patung berbentuk burung gergasi ( Burung Gagak Sura ) untuk putera baginda. Selain itu, menurut Nik Rashiddin (2013), Gagak Sura merupakan burung mitos dari Kayangan.
Dalam Bahasa Melayu Sanskrit. "sura" bermaksud "Berani". Pada ketika dahulu, Orang Melayu, khususnya di Wilayah Pattani, menggunakan Burung Gagak Sura sebagai penghargaan atau persembahan dalam menjalankan upacara tertentu.
Manakala di Kelantan, burung ini juga dikenali sebagai Burung Petala Indera atau Buru Petalawati. Nama-nama tersebut telah disebut dalam Hikayat Melayu Kelantan dan cerita lisan yang dibawakan melalui wayang kulit Kelantan.
Ini sahaja perkongsian yang dapat CikDayah kongsikan kepada semua pembaca. Sampai bertemu lagi didalam blog yang seterusnya yang akan CikDayah kupaskan mengenai Sejarah Congkak Burung Petalawati pula.
Baiklah sekian sahaja dan Terima Kasih Pemirsa ❤

Info yang sangat menarik.!
BalasPadam